Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT 2024
Kemaskini! Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 DiBuka bermula 4 April 2022 sehingga 16 April 2022. Terbka kepada semua IPTA dan IPTS terpilih sahaja. Syarat Kelayakan dan semakan keputusan kelulusan.
Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor Untuk Pelajar Diploma dan Ijazah ~ Sukacita dimaklumkan tawaran permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor kini dibuka.
Bantuan ini dibuka buat siswa kelahiran Johor yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Diploma dan Ijazah.
Pelajar yang berkelayakan dipelawa untuk memohon pinjaman dan bantuan yang ditawarkan.
Inisiatif ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Diploma : RM 500
- Ijazah Sarjana Muda : RM 1,000
Syarat-Syarat Permohonan
Pelajar perlulah menetapi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut untuk memohon skim bantuan ini :
- Pemohon lahir dan menetap di negeri Johor
- Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Koleh YPJ, EDUCITY dan Marsah).
- Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
- Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih
- Pendapatan ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM 4,000 sebulan dan RM 4,001 hingga RM5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
- Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain
- Pemohon bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.
Dokumen Diperlukan
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut :
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa / penjaga
- Salinan surat tawaran IPT
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Lain-lain dokumen berkaitan
Cara Hantar Dokumen Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor
Bagi pelajar yang berminat untuk memohon, sila kemukakan permohonan melalui pautan berikut :
SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
Dokumen yang disediakan perlulah disusun mengikut senarai semak yang disediakan
Masukkan kesemua dokumen sokongan dan permohonan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan setersnya gamkan di bahagian belakang dengan kemas.
Tuliskan jenis permohonan di PENJURU KANAN ATAS sampul surat iaitu ‘Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)’
Untuk penghantaran melalui serahan tangan, sila masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ.
Untuk penghantaran melalui POS, sila masukkan dokumen ke dalam sampul surat yang mempunyai tracking number.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor, sila layari laman rasmi Yayasan Pelajaran Johor di pautan berikut :
http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/
Advertisement