Cara Mohon Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan TNB

Kemaskini! Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Kerjasama Yayasan Tenaga Nasional (TNB) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 2021 | Semakan dan Keputusan Permohonan

Dermasiswa MyBF adalah kerjasama TNB dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyelaras serta mengenal pasti calon layak daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di tujuh Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih.

Antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Pengenalan Program Dermasiswa My Brighter Future

Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) adalah satu program di bawah pentadbiran Yayasan Tenaga Nasional yang mana ianya adalah satu usaha daripada Tenaga Nasional Berhad yang bertujuan untuk meringankan beban pelajar IPTA yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran. 

Penawaran peruntukan yang bermula pada 2018 merupakan perluasan skop pemberian biasiswa sedia ada TNB melalui Program MyBF yang menumpukan kepada kumpulan sasar dari kelompok B40 (bottom-up). Dana kewangan yang ditawarkan ini dikategorikan sebagai dermasiswa.

Dermasiswa MyBF ini adalah khusus kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (UA) di peringkat ijazah pertama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

Sebagai permulaan, untuk tahun 2018, Program Dermasiswa MyBF hanya melibatkan sejumlah 1000 penerima dermasiswa di peringkat Ijazah di 7 universiti yang telah diputuskan oleh ahli lembaga pengarah TNB. 

Bagi tahun 2019 sehingga tahun 2022 penerima dermasiswa MyBF diperluaskan kepada 1000 orang pelajar diploma Politeknik dan Universiti Awam dan 1000 orang pelajar sijil Kolej Komuniti. Bidang pengajian adalah ditetapkan oleh ahli lembaga pengarah TNB berdasarkan core business TNB.

Kriteria atau syarat kelayakan

  • Calon yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di IPTA dalam kursus yang telah dikenalpasti oleh pihak TNB/YTN melalui UPU.
  • Calon adalah berada dalam kumpulan pendapatan isi rumah terendah seperti yang ditetapkan oleh polisi TNB, keutamaan diberi kepada pelajar yang berdaftar dengan pengkalan data eKasih.

Bidang Tajaan MyBF

Bagi Program MyBF, pemilihan pelajar layak, institusi dan bidang pengajian adalah berdasarkan keputusan di peringkat pengurusan YTN.

Permohonan 

Tiada permohonan perlu dibuat untuk Dermasiswa ini. Calon Dermasiswa MyBF dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Unit Pusat Universiti (UPU) yang membuat padanan dengan pengkalan data eKasih kendalian Unit Penyelaran Jabatan Perdana Menteri pada sesi pengambilan utama kemasukan ke IPTA setiap tahun.

Jumlah Tajaan

Tajaan tahunan setiap seorang adalah berdasarkan peringkat pengajian sebagaimana berikut;

Ijazah pertama = RM10,000

Diploma = RM9,000 

Sijil = RM6,600

Info dan Maklumat Lanjut;

Untuk info dan maklumat lanjut, sila layari 

https://betterbrighter.my/ dan https://ytn.tnb.com.my/

HMETRO – TNB Tawar dermasiswa MYBF kepada 2,500 penuntut B40

UTUSAN – TNB tawar 2,500 dermasiswa

iNFO Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment