Cara Baca dan Menggunakan Pulse Oximeter dengan betul

Kemaskini! Cara Bacaan dan Menggunakan Pulse Oximeter yang betul dan terkini | Bacaan Oximeter Normal Malaysia | Kadar Oksigen Normal Oximeter | Harga Terkini Oximeter Price | Ciri Oximeter Palsu atau Tiruan

Seperti semua sedia maklum, tular tentang penggunaan oximeter di waktu pandemik Covid-19 ini yang menyebabkan alat Pulse Oximeter menjadi buruan ramai. Penggunaan alat ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di rumah untuk kegunaan peribadi. Sesiapa sahaja boleh memiliki oximeter ini. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga membuat kempen dan slogan Satu Keluarga Satu Pulse Oximeter.

1. Apa itu Pulse Oximeter dan fungsinya?

Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, pastikan anda tahu apakah itu Pulse Oximeter dan juga fungsinya.

  • Pulse Oximeter merupakan satu peranti perubatan.
  • Ia digunakan untuk mengukur kadar oksigen di dalam badan.
  • Penggunaan Pulse Oximeter boleh menyelamatkan nyawa anda.

2. Cara baca Oximeter dengan betul, tepat dan tertib

Berikut merupakan cara baca Oximeter yang telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mari ikuti cara-caranya di bawah:

  1. Tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu sekiranya ada.
  2. Panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.
  3. Berehat sekurang-kurangnya lima minit sebelum melakukan pengukuran.
  4. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung.
  5. Kekalkan tangan anda pada paras tersebut.
  6. Hidupkan Pulse Oximeter.
  7. Pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada anda.
  8. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya satu minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.
  9. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama lima saat.
  10. Selesai.

PERHATIAN

  • Pastikan setiap bacaan dan cara baca Oximeter dilakukan dengan berhati-hati.
  • Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.
  • Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

3. Apakah bacaan normal paras oksigen di dalam badan?

Untuk makluman anda, bacaan normal bagi paras oksigen di dalam badan seseorang adalah antara 95%-99%.

Jika paras bacaan oksigen di dalam badan anda lebih rendah daripada bacaan normal, sila hadir ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

4. Dimanakah boleh mendapatkan Pulse Oximeter?

Mesti ada di antara anda yang masih tertanya-tanya dekat mana boleh dapatkan Pulse Oximeter ini. Jawapan bagi persoalan ini adalah Pulse Oximeter boleh didapati di mana-mana drugstore atau farmasi berdekatan anda.

Anda juga boleh membelinya dari Shopee atau Lazada. Namun, pastikan ianya original dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Elakkan diri dari menjadi mangsa penipuan. Jadilah pembeli dan pengguna yang bijak.

5. Adakah anda ingin mengetahui cara baca Oximeter dengan lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan lain?

Jika anda ingin mengetahui cara baca Oximeter dengan lebih lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan lain untuk diajukan.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang sahih daripada Portal Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/gp-umum-covid19/pulse-oximeter dan juga Facebook Myhealth KKM di sini: https://www.facebook.com/myhealthkkm/

Advertisement


Leave a Comment