Cara Mohon Bantuan Dermasiswa Pengajian ke IPT Luar Negara
Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) kini membuka tawaran Bantuan Dermasiswa bagi pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir, Jordan dan Indonesia. Permohonan boleh dibuat oleh individu yang berkelayakan secara atas talian melalui laman yang disediakan.
Syarat Kelayakan Permohonan bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon sedang bermaustatin/ menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
- Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan/dermasiswa/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/ institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
- Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
- Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA.
- Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
+DOKUMEN DIPERLUKAN
Butiran peribadi yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar).
- Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga.
- Surat akuan belajar Sesi 2020/ 2021 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan
- Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2019/ 2020) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
- Salinan akaun bank pemohon.
- Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)
+CARA MEMOHON
Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan sedang melanjutkan pengajian di Mesir, Jordan dan Indonesia dipelawa untuk mohon Bantuan Dermasiswa yang ditawarkan dengan mengisi permohonan secara atas talian di pautan yang disediakan:
GARIS PANDUAN PERMOHONAN KLIK SINI
Borang Permohonan Dermasiswa Mesir
Borang Permohonan Dermasiswa Jordan
Borang Permohonan Dermasiswa Indonesia
TUTUP 31 MAC 2021
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan:
- Atase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia
- Bahagian Pendidikan
Aras 5, Menara Zakat, Jalan telok Wan Jah
05200 Alor Setar - No Tel : 1800-88-1740 / whatsapp : +60 19-910 6349
UNTUK SENARIA PENUH BIASISWA 2021 KLIK SINI
Advertisement