Pendaftaran GrabPay Malaysia | Tebus eWallet RM150 ePemula

Kemaskini! Cara Daftar GrabPay Malaysia dan Tebus eWallet RM150 ePemula dengan GrabPay

Sekiranya pada awalnya Grab yang memperkenalkan perkhidmatan e-hailing atau seru pandu sahaja di Malaysia, Grab maju setapak lagi dengan memperkenalkan GrabPay bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan pembayaran secara cashless atau nirtunai.

Cara menggunakannya juga tersangatlah mudah namun bagi pengguna sedia ada aplikasi Grab, anda perlulah mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

Muat Turun

Bagi anda yang berminat menggunakan kemudahan ini, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada sumber yang sahih sahaja dengan mengklik pautan di bawah:

  1. Google Play – Untuk Android
  2. App Store – Untuk iOS

Memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai boleh mendedahkan gajet anda diserang oleh virus dan malware.

Pendaftaran dan Pengaktifan

  1. Buka aplikasi Grab anda
  2. Klik pada tab “Payment” pada menu yang terletak di bahagian bawah
  3. Kemudian, ada popup akan muncul dan klik pada butang “Activate”
  4. Pada halaman berikutnya, klik pada butang “Activate Now”
  5. Kemudian klik kad untuk di link dengan akaun anda, sekiranya tiada senarai kad anda dikehendaki memasukan maklumat kad baru yang ingin di link dengan akaun anda
  6. Tandakan pada kotak “Terms and Conditions”
  7. Klik pada butang “Continue”
  8. GrabPay anda sudah didaftarkan dan diaktifkan untuk digunakan di mana-mana sahaja premis yang menerima pembayaran menggunakan GrabPay!

Kelebihan GrabPay

Secara ringkasnya, terdapat 5 kelebihan menggunakan GrabPay:

  1. 3x mata ganjaran GrabRewards – Lebih ganjaran lebih kelebihan untuk anda
  2. GrabPay Price – Nilai lebih baik sepanjang masa di mana-mana sahaja untuk farmasi, kedai runcit, restoran, pawagam dan banak lagi
  3. Beli insurans perjalanan dengan mudah – Dapatkan pemulangan wang 25%
  4. Segala perkhidmatan harian – Pembayaran lebih mudah dan lancar untuk barangan runcit, perkhidmatan kenderaan, tambah nilai prabayar dan banyakk lagi
  5. Selamat – Anda tidak perlu risau dengan adanya keselamatan anti penipuan sepanjang masa

Promosi terkini

Grab sentiasa bermurah hati dengan promosi-promosi terkini. Untuk promosi terkini, boleh lawati halaman rasmi mereka di https://www.grab.com/my/pay/

Cara Tebus ePemula GrabPay

ePemula juga ditawarkan melalui rangkaian eWallet GrabPay.

Berikut dikongsikan cara membuat penebusan melalui Grab.

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Lihat pada paparan utama. Anda akan nampak ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula’
  3. Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.
  4. Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:
    • RM150 kredit ewallet ePemula
    • RM150 voucher GrabFood
    • RM60 promo terpilih dari merchant Grab

Selesai Cara Penebusan melalui GrabPay. Good Luck!

Advertisement


Leave a Comment