Permohonan dan Semakan Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan 2025

Kemaskini! Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2025, Syarat Kelayakan dan Cara Daftar. Semakan Kelulusan dan Tarikh Bayaran Bantuan KPM Terkini.

TERKINI : Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) RM 150 Akan Mula Diagihkan Pada 13 Januari 2025

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) untuk sesi persekolahan 2025/2026 sebanyak RM 800 juta akan mula diedarkan oleh pihak sekolah setelah memuktamadkan kaedah pembayaran melalui borang pengesahan pilihan kaedah terima BAP 2025 yang perlu diisi oleh waris ibu bapa.

Untuk makluman, ada 3 kaedah pembayaran untuk tahun ini iaitu pengkreditan ke akaun murid sendiri , pengkreditan ke akaun ibu atau bapa murid atau secara serahan tunai.

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran

Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2025 kepada murid yang layak.

Tarikh Penyaluran BAP 2025

TARIKH TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM BAGI SESI 2025/2026 :

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memulakan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tarikh berikut:

  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 – 13 Januari 2025.
  • Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 – 16 Februari 2025
  • Murid Tingkatan 6 baharu – 1 Julai 2025.

Selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda perincian lanjut berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan 2025.

Pelaksanaan Bantuan

Pelaksanaan pemberian bantuan ini akan dijalankan mulai 17 Januari 2022 bagi murid tahun 2 sehingga tingkatan 5.

Untuk murid tahun 1, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan sehingga proses pendaftaran selesai dijalankan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang bakal diperoleh bagi pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 secara one-off.

Cara Permohonan

Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Berikut disertakan borang permohonan bagi yang layak:

Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Advertisement


Leave a Comment