Cara Bida dan Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini | JPJeBid

Kemaskini! Cara dan Proses Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJeBid | Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini | Had Bidaan Nombor Kenderaan | Proses Daftar Nombor Plate Kenderaan | Diskaun Saman JPJ Terkini

Nombor plat kenderaan yang menarik dan istimewa kini mendapat tempat dalam kalangan pemilik kereta. Ramai pemilik kereta sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan nombor plat yang eksklusif untuk kereta masing-masing. Malah, pengenalan sistem bidaan secara online yang lebih mudah, telus dan efisien seperti JPJeBid juga antara faktor yang menggalakkan pemilik kereta untuk menyertai tender terbuka bagi mendapatkan nombor plat kereta idaman.

Apakah JPJeBid?

Sistem yang diperkenalkan pada April 2019 ini amat berbeza dengan sistem bidaan konvensional nombor plat dahulu.

Syarat Mendaftar

Syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid adalah:

Individu/Perniagaan/Syarikat/Bukan Warganegara/Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional/Agensi Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun/Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu/Kedutaan/Pejabat Pesuruhjaya Tinggi/Pertubuhan Antarabangsa/Pejabat Serantau yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Proses Pendaftaran JPJeBid

Sistem ini terbuka bagi individu atau syarikat yang ingin mendapatkan nombor plat tertentu untuk kenderaan masing-masing. Namun begitu, proses pendaftaran untuk sistem ini memerlukan anda untuk mendaftar dengan Portal Orang Awam MySIKAP terlebih dahulu. Pendaftaran MySIKAP boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan. Anda boleh merujuk infografik di bawah untuk mengetahui cara pendaftaran ID Portal Orang Awam MySIKAP.

Cara Daftar, Log Masuk Portal JPJeBid

Setelah anda mempunyai akses terhadap Portal Orang Awam, mySIKAP, anda bolehlah meneruskan proses pendaftaran portal JPJeBid. Berikut merupakan cara untuk mendaftar portal JPJeBid sebagai panduan anda:

    1. Daftar masuk portal JPJeBid. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu klik Daftar Baharu. Permohon yang ingin mendaftar dengan JPJeBid perlu menyertakan dokumen berikut semasa pendaftaran – salinan kad pengenalan (individu) dan salinan sijil dan lesen perniagaan (syarikat).
    2. Semak e-mel untuk mengesahkan pendaftaran dan klik pautan yang diberikan.
    3. Kemudian, log masuk portal JPJeBid menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.
    4. Lakukan carian nombor pilihan. Hasil carian nombor pendaftaran yang terkini akan dipaparkan.
    5. Klik pada nombor pendaftaran yang ingin dibida, kemudian klik butang Bida.
    6. Masukkan maklumat kad kredit bagi membuat pembayaran caj perkhidmatan.
    7. Kemudian, masukkan amaun bidaan dan klik Bida.
    8. Skrin pembayaran akan dipaparkan, masukkan maklumat kad kredit bagi membuat pembayaran amaun bidaan.

Harga Bidaan, Deposit & Caj Perkhidmatan

Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :

KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)
Nombor Bernilai Utama20,000.001,000.00
Nombor Menarik3,000.00150.00
Nombor Popular800.0040.00
Nombor Biasa300.0015.00

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

Formula :

5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Contoh :

Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%)
Jumlah Bidaan
KategoriHarga Minima (RM)Kenaikan Bidaan Minima (RM)Kenaikan PertamaKenaikan KeduaKenaikan Ketiga
Nombor Bernilai Utama20,000.001,000.0021,000.0022,000.0023,000.00
Nombor Menarik3,000.00150.003,150.003,300.003,450.00
Nombor Popular800.0040.00840.00880.00920.00
Nombor Biasa300.0015.00315.00330.00345.00

Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization

NOTA: RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.

Beli Nombor Plat – Kategori Nombor Plat Kenderaan

Nombor plat kenderaan atau nombor pendaftaran yang ditawarkan untuk bidaan dibahagikan kepada beberapa kategori:

  1. Popular Numbers atau Nombor Popular – digit popular seperti 121, 242, 575, 898, 909 dan sebagainya;
  2. Attractive Numbers atau Nombor Menarik – digit menarik seperti 11, 44, 88, 777, 9999 dan sebagainya;
  3. Golden Numbers atau Nombor Bernilai Utama – digit tunggal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan sebagainya;
  4. Running Number atau Nombor Semasa.

Tempoh Bidaan

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal.

Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.

Kaedah Pembayaran

Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.

Jika bidaan berjaya – amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.

Jika bidaan tidak berjaya – pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.

Cara Membuat Semakan Senarai No Pendaftaran (No Plate) Kenderaan Terkini JPJ Secara Online Mengikut Negeri

Berikut adalah cara membuat semakan No Plat terkini yang mudah dan percuma dengan hanya mengikuti langkah semakan seperti berikut :-

Semakan Senarai No Plat Kenderaan Terkini JPJ

Check no plate terkini secara online melalui sistem pada pautan di bawah:

Langkah semakan adalah seperti berikut :

  1. Sila Pilih Kawasan/ Negeri Yang Ingin Disemak
  2. Masukkan Kod Sekuriti
  3. Tekan Butang SEMAK
  4. Status semakan akan dipaparkan

Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan

Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.

Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:

  1. Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan
  2. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat

Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.

Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.

Advertisement


Leave a Comment