Cara Mohon Program Subsidi Upah (PSU 4.0) – RM600 Setiap Pekerja untuk 4 Bulan

Kemaskini! Permohonan Program Subsidi Upah PSU 4.0 | Syarat Kelayakan dan Cara Kemaskini dan Semakan Status | Tarikh dan Jadual Pembayaran RM600 Setiap Pekerja selama 4 bulan dan Tiada Had Gaji di Tetapkan

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan mengenai lanjutan subsidi upah yang dijenamakan sebagai Program Subsidi upah (PSU 4.0) sebagai penambahbaikan daripada PSU 3.0. Kerajaan akan menampung sehingga 500 orang pekerja bagi setiap perusahaan dengan kadar sebanyak RM600 untuk setiap pekerja selama 4 bulan ( 2 bulan untuk sektor sektor ekonomi dan 2 bulan seterusnya bagi sektor dalam senarai negatif) dan tiada lagi syarat had gaji.

Namun, syarat kadar penurunan sebanyak 30% masih dikekalkan dan majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji setiap pekerja.

PSU 4.0 adalah Program Subsidi Upah yang telah dilancarkan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Rakyat & Perlindungan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun yang lalu.

Syarat Permohonan PSU 4.0

Syarat PSU 4.0 telah ditambah baik di mana tiada lagi had gaji pekerja ditetapkan. Jika pada PSU 3.0, had gaji adalah RM4000 ke bawah.

Maklumat subsidi juga perlu dimasukkan ke dalam slip gaji pekerja.

Permohonan dan Semakan PSU 4.0

Setiap permohonan dan Semakan PSU 4.0 boleh diakses pada pautan https://psu.perkeso.gov.my

Tarikh tutup permohonan PSU 4.0 adalah pada 31 Oktober 2021.

Cara Kemaskini PSU 4.0 (PEMERKASA+)

Untuk mengemaskini, majikan hanya perlu mengikut langkah-langkah mudah ini :

  1. Layari laman sesawang https://psu.perkeso.gov.my dan sila klik pada pilihan kemaskini maklumat permohonan.
  2. Masukkan nombor rujukan PSU 4.0 dan e-mel yang didaftarkan semasa permohonan, klik seterusnya.
  3. Kemaskini status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem jika ada perubahan.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  5. Muat naik dokumen sokongan(jika perlu).
  6. Setelah siap, klik simpan

Cara Semakan dan Permohonan PSU 4.0

Untuk memohon PSU ini, permohonan hanya boleh dilakukan oleh majikan sahaja.

Permohonan untuk PSU 4.0 akan dibuka dalam masa terdekat. Namun, anda masih boleh mohon PSU 3.0 yang akan ditutup pada 31 Julai ini.

  1. Permohonan perlu dilakukan secara online.
  2. Klik pada pautan berikut : Mohon Klik Sini
  3. Isi setiap maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.
  4. Pihak majikan akan dapat nombor rujukan setelah permohonan selesai.
  5. Sila semak status permohonan dengan menggunakan nombor rujukan yang telah diberikan.
  6. Untuk rujuk senarai nama majikan yang telah lulus, sila semak DI SINI

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan PSU4.0 anda boleh hubungi PERKESO ditalian 03-8091 5400 atau https://eaduansip.perkeso.gov.my  dan pengumuman terkini melalui Facebook PERKESO.

Info Penting lain :-

Advertisement


Leave a Comment