INITIPATI Pelan Pemulihan Negara | Parlimen di Jangka Dibuka pada Fasa 3 | Rentas Negeri Mulai Fasa 4
Kemaskini! INITIPATI Pelan Pemulihan Negara 2021 | Parlimen di Jangka Dibuka pada Fasa 3 iaitu antara Bulan September atau Oktober, Manakala Rentas Negeri secara berperingkat Mulai Fasa 4 iaitu antara November atau Disember
Perutusan Khas Perdana Menteri Pada 15 Jun 2021 | Jam 5.00 Petang ini (Secara Langsung) LIVE di RTM | TV3 | Astro Awani | Bernama TV | TV AlHijrah Live Streaming Online | Harap Maklum
INTIPATI PENUH PELAN PEMULIHAN NEGARA 2021
Melalui Empat (4) Fasa Utama
- Fasa 1 – PKP Menyeluruh dan Perkhidmatan Perlu Sahaja.
- Fasa 2 – Perluasan Senarai Positif, Sektor Sosial Kekal Tutup
- Fasa 3 – Pendekatan Senarai Negatif, Sektor Sosial Dibuka Secara Berperingkat
- Fasa 4 – Pembukaan Penuh Termasuk Sektor Sosial
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama.
Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang dilaksanakan sekarang.
● Bilangan kes COVID-19 adalah tinggi;
● Sistem kesihatan awam di tahap kritikal; dan
● Kadar pencapaian vaksinasi yang masih rendah.
Peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes;
● Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan
● 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Semasa Fasa Kedua (Julai & Ogos):
● Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis;
● Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup. Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan
● Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan
● 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Semasa Fasa Ketiga (September & Oktober):
● Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian;
● Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua;
● Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat; dan
● Membuka sidang Parlimen.
Peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP setelah:
● Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes;
● Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan
● 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
Semasa Fasa Keempat (November & Disember):
Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.
Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.
Sumber: Astro Awani
Info Penting lain :
- Cara Mohon, Semak, Kemaskini BPR 2021 [Rayuan BPR Fasa 2]
- Cara Daftar, Semak dan Tebus Subsidi Program Jaringan Prihatin
- Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bagi 22 Bank di Malaysia
- Senarai Biasiswa Terkini 2021 Lepasan SPM | STPM